Tuesday, July 31, 2012

Disebalik Service Charge dan 6% Govt tax dalam resti anda

Tahukah Anda :

i.  Kita telah membayar cukai jualaan sebanyak 10% terhadap setiap barangan yang dibeli dan cukai perkhidmatan 6% apabila berbelanja di restoran, hotal dan sebagainya.

ii.  Caj perkhidmtan 10% yang dikenakan oleh industri hospitaliti (seperti hotel, restoran dsbnya) adalah   100% utnuk pemilik premis dan bukannya utnuk dibayarkan kepada kerajaan....

CUBA KITA BACE SEJENAK.....

APABILA terdengar kerajaan ingin memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), maka ramai yang melatah dan membantah tanpa usul periksa. Pelbagai dakwaan diberikan kononnya cukai baru itu akan menambahkan lagi beban rakyat, kita terpaksa membayar lebih apabila berbelanja dan sebagainya.
Walaupun demikian, apa yang menarik sebenarnya mereka tidak menyedari selama ini mereka telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lebih tinggi daripada kadar GST yang akan diperkenalkan kelak setiap kali membeli barangan.

Nampaknya, kita langsung tidak kisah membayar dengan harga lebih tinggi itu kerana berapa ramai daripada kita yang sanggup membelek penyata yang terdapat dalam resit-resit pembelian barangan, terutama resit pembelian makanan di restoran, hotel, kelab dan sebagainya?  Jika anda tidak percaya, cuba lihat resit atau bil anda selepas membeli burger, ayam goreng atau pizza di restoran-restoran terkenal itu.
Anda tentu menyedari terdapat perkataan 'cukai perkhidmatan' atau 'cukai kerajaan' diletakkan di dalam bil anda sebagai tambahan daripada harga barangan sebenar.

Tahukah anda selama ini kita membayar harga barangan itu (dengan tambahan cukai) tanpa sebarang rungutan.  Selain cukai perkhidmatan yang tertulis itu yang kadarnya enam peratus, harga barangan yang kita beli itu juga sebenarnya telah dikenakan cukai jualan yang secara standardnya berkadar 10 peratus.  Anda tidak kisah bukan? Tanpa sebarang masalah, anda sanggup membayar harga barangan yang telah ditambah cukai jualan dan perkhidmatan itu.

Bagaimanapun, apabila kerajaan menyatakan hasrat hendak melaksanakan GST dengan cadangan kadar empat peratus (iaitu jauh lebih rendah daripada kadar cukai yang anda bayar sekarang), anda melenting!
Kenapa terjadi demikian? Mungkin anda seorang rakyat Malaysia yang sangat 'pemurah' kerana ingin membayar cukai yang lebih kepada kerajaan atau anda sebenarnya tidak tahu perkara sebenar perbezaan antara cukai SST (yang dikenakan sekarang) dengan GST yang akan diperkenalkan nanti.

Sebagai pengguna, kita seharusnya mengetahui setiap maklumat mengenai kadar cukai yang dibayar, sama ada cukai tertera atau cukai tersembunyi setiap kali membeli barangan.  Sememangnya, kita perlu mengetahui apakah cukai itu, berapa kadarnya dan kenapa kita dikenakan cukai tersebut sebelum melenting dan menentang apa sahaja cukai baru yang diumumkan kerajaan.  Secara umumnya, cukai jualan 10 peratus dikenakan untuk semua barangan yang dipasarkan.  Manakala, cukai perkhidmatan enam peratus untuk barangan atau perkhidmatan yang diperoleh di hotel, restoran, hospital swasta dan sebagainya.

Selain itu, sesetengah premis mengenakan tambahan 10 peratus caj perkhidmatan (service charge) yang kesemua bayaran itu adalah untuk pemilik restoran itu dan bukannya untuk dibayar kepada kerajaan.  Sehubungan itu, cadangan memperkenalkan GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, bukanlah satu cukai baru tetapi satu struktur cukai diperbaharui yang lebih baik kepada pengguna dan juga kerajaan.   Sudah tentu ia lebih baik kepada kita kerana kadar cadangan empat atau lima peratus adalah lebih rendah berbanding kadar 10 peratus (cukai jualan) dan enam peratus (cukai perkhidmatan) yang dikenakan kepada kita selama ini.

GST atau cukai nilai tambah (VAT) juga kini telah diterima pakai di lebih 140 buah negara seluruh dunia dan ia juga tidak akan membebankan rakyat kerana pengecualian akan diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.  Bagi peniaga kecil dan sederhana, GST juga berupaya mengurangkan kos operasi mereka kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar cukai itu.

Sumber dari Utusan Malaysia 30 Julai 2012  DI SINI

Tuesday, July 24, 2012

Part 9~~ Balik Kampung Sandakan (Bye Bye)

Last day kami di sini
sekejap nyer masa berlalu
tak puas lagi la... nak cuti lagi je rase
malas nak masuk opis...

first thing first, kene check in dulu. 
acctually time timbang luggage ni terlebih had pulak
tak banyak, terlebey 1kg ajer
tapi nak membayar tu satu hal mahal  sebab da kat kaunter kan
nasib baik abg sya ada mengayat org kat kaunter tu...
korang tau aper dialog dier??
"ala 1kg ja bkn banyak, da la tambang murah, boleh kompromi lagi memang bagus la AA ni..."
org kaunter tu senyap jer... tapi senyap kan tanda setuju....
jadi hoyyehh... tak perlu bayar ok!

Camni la airport sandakan

 lepas check in tak tau nak wat ape, mak cik nun g bawak qsha rase asam free, bagi chance la qsha rase...
kalo ibu sory nak bagi.. hiihihihi


 nak menghabiskan masa, g kedai souvenir lagi..


Melaramkan qsha


 disebabkan flight delayed ke jam 5.00ptg, kami g minum dulu kat kafe atas airport ni


qsha da kenal aeroplane, dulu time baby 2 kali naik, tapi tak reti kenal lagi. sekarang tiap kali tanye nak naik aeroplane mesti jawab NAK dengan penuh excited!


 qsha kasi pose sebelum balik


time tunggu boarding je. pic qsha sebelum budak ni mengamuk sebab nak tido


Alhamdullilah 7.30ptg sampai LCCT.
Sampai rumah 10.30 malam sebab naik bas n erl..
Sampai Putrajaya terus pergi pasar malam sebab dah lapar giler time ni
Kami makan terus selamat tido...

Fuhh TAMAT  akhirnya!!!!
Sekian.

Part 8~~ (Pasar Umum Sandakan)

Before Balik mesti la beli something
Tak der tempat lain pun, pasar umum sandakan jer la
Kat situ semua barang ada
2 tingkat pasar ni
tingkat bawah tempat jual barang basah
as ikan, daging, ayam kat area belakang
area depan pulak jual buah, sayur, n makanan kering
kalo area atas tingkat 2 pulak jual souvenir

Pintu masuk Pasar Umum Sandakan.. gambar amik dalam kereta sebab tu huduh sket.. harap maklum

Keluar jer pasar terus nampak laut.. mmg tepi laut pasar ni

Camnila keadaan dalam pasar, tempat kering mmg bersih, cuma biasala tempah basah mmg geli sket la, air ikan tumpah tumpah kan




time kitorang tawar menawar

 Lepas tu singgah bank, tak cukup woo duit aku bawak.... ermmmm. qsha tekun tunggu no giliran ayah

Kalo korang nak tau
barang kat sandakan ni mahal sket
kalo nak banding dengan pasar KK
KK memang jauh lebih murah..
kalo nak tawar pn atleast dapat kurang rm1 jer pn
so kami pn tak der la beli banyak mana pn
eh jap, tapi apesal duit abih cam air eh????!
aku cari gamat pn tak jumpa kat sini..
mungkin di KK jugak yang banyak pilihan.

Sekejap jer kami ronda pasar
sejam jer da balik rumah...
nak siap packing packing bagai
sebab esok nak balik da =(


Last entry = Bye Bye


Monday, July 23, 2012

Part 7~~ (Jalan ke Rainforest Discovery Centre, RDC)

Lepas jer balik dari tengok orang utan dekat Sepilok
g singgah dekat RDC (Rainforest Discovery Centre) Pulak
Dekat dekat jer dua dua tempat ni
5 minit naik kereta da sampai....

Masa aku pegi ni area parking dier tengah dalam renovation
so kalo naik kereta biasa tu mmg berbatu la...
kalo 4wd mmg selamat ..
agaknye tahun depan aku balik da cantik kot kawasan parking ni

ape g, layan gambar sudah

 
 Trademark sebelum masuk RDC


 
 trademark RDC kat dalam pulak
  
 masuk masuk jer jumpa air.. teruja terus anak aku nak mandi..


 ni area tepi kaunter tiket.. nak bayo kene masuk tau.. tak mahal pn RM5 jer


 nak tangkap gambar bertiga bukan main payah.. cam ulat bulu da qsha kalo kene dukung


 posing dulu kat sini sebelum masuk tengok sekitar rainforest


 lalu jambatan gantung pertama

 berehat sebentar, penat berjalan

 seram aku naik jambatan gantung ni.. rase cam nak roboh tau.. melampau betul hayunan jambatan ni.... 
tapi qsha selamba jalan kaki sambil hisap botol susu jalan macam tak der perasaaan.
berani betul budak ni... yang sepupu di si aaron da panggil panggil kat hujung, boleh lagi qsha menyahut sekejap!.. ko tak tau nak ibu ko ni ketakutan... mak tak pandai berenang sayang...ahahhahahah


 aku n sya da pancit da sebenarnya, tapi kene pakse jugak naik Bristlehead Tower ni.. alang-alang naik jugak la. aku jumper seekor burung ni. tapi tak pulak terpikir nak snap gambar.. apa daaa


 Bila da naik tower ni terus ada jalan cam jambatan besi la tuk terus ke jalan keluar.. best pulak jalan atas ni.. jalan sama tinggi jer dengan pokok-pokok.. tinggi beb..


 tinggi kan?






habis ronda-ronda Siti Nun sewa bot ni pulak

Semua try naik bot ni
aku jer yang tak naik
penakut kot....aku  tengok qsha mmg steady
bayangkan dier berjalan baper KM still tak penat
aku pn pancit... banyak tul tenaga si qsha ni...
tapi bagus jugak, baru aku tau qsha suke alam semulajadi kot
dia cam excited terlebey... abih daun daun kering dia kutip..
kayu kayu kecik dier pungut...
nnt ibu ayah bawak g hutan lagi nak?

next story = Pasar Umum Sandakan

Sunday, July 22, 2012

Part 6~~ Balik Kampung Sandakan (Jalan-jalan di Sepilok)

Second day dekat sana mmg da plan
nak berjalan g sepilok tengok orang utan
selalu balik tak pernah pn nak menyinggah kat sana
pakat pakat last last yang pegi nyer hanya 8 orang
termasuk kanak-kanak...
 
Layan gambar jer lah eh...

 Pintu depan Sepilok. parking sikit jer.. kene cepat cepat datang la baru ada parking

 Ramai ramai kitorang masuk
masa ni pukul 10pagi
time orang utan ni makan 2 kali sehari jer
kul 10pg dan 3ptg

 posing sket jer...hihihi

 ni jer orang utan yang aku tengok.. yang lain malu malu kot. semua orang kat sini bertumpu pada orang utan ni jer la..

 qsha mengganas nak jalan sendiri

 geram aku tengok qsha buat mulut camtu... kat kampung suke buat mulut camtu tau

 qsha n ayah kene paske posing

 excited budak ni.. takut jer aku dier lompat ke bawah tu

 orang sibuk tengok orang utan, qsha sibuk berlari-lari

 tengok budak aktif nih!

 see buat gaya mulut ni lagi

 jauh jugak nak jalan ikut jambatan ni.. tapi syok sebab dapat tengok sekeliling hutan ni

 ibu ayah qsha n sepupu qsha, aaron n meimei

 comel kan qsha dengan meimei pimpin tangan

budak nak berdikari , tak bagi ibu pimpin tangan die. sentap ibu tau!

 aaron n qsha berposing

 = )

 gelagat qsha

ibu, qsha, jue, aaron, meimei

Tak lama pn kitorang kat sini.. 
tengok orang utan sekejap jer
pastu terus balik. sebab panas, dengan bersesak lagi
masuk kul 10pg kul 1030pg da keluar dari hutan ni..
Kitorang ader misi lain nak dituju pas ni...


next entry Jalan ke Rainforest Discovery Centre RDC