Monday, May 28, 2012

Celebrate Birthday Ummu Salmah

Kejadian ni berlaku pada 23 Mei aritu sebenarnye
lambat update, tapi update jugak akhirnya
ari sebelum tu kak sal (pengasuh qsha) da pesan
esok bawak la baju cantik cantik nak celebrate besday ummu
aku pn yela... nnt bawak
ummu ni member qsha,sama-sama diasuh oleh kak sal

Esok nye tu balik keje, aku pegi la jemput qsha,
tengok tengok, diorang baru nak celebrate
aku pk diorang nak celebrate petang sebelum mak ayah jemput anak balik
so terjebakla aku untuk celebrate sekali...

ni la birthday gurl tu..UMMU SALMAH nama dia.. comel kan!

 ummu dengan kal sal.... same tarikh birthday dengan pengasuh rupenye=)

nak gak tepek gamba aku n qsha... sebelum makan kek, lepas makan adalah selekeh, baju abih kene kek! (eleh! sebelum pn da selekeh jugak muhahaha)


To Ummu Salmah, auntie uncle n qsha wish happy 1st birthday to you!
 Jadilah anak yang solehah dan taat pada ibubapa

Friday, May 25, 2012

Durian Goreng

Ha korang pernah dengar tak pasal durian goreng ni?
aku pn first time denga ni...
ehihiihihi

Rezeki harini bos aku belanja durian goreng
Agaknya jarang kot bende ni jual kat tempat lain
dapat durian goreng ni pn kat jualan sempena hari belia kat putrajaya ni
Lokasi nak beli dekat jer dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP)
ader gerai gerai tepi tu je...
Harga dier Rm3 seketul tapi beli 4 dapat RM10....
sedap la gak..
korang nak try?
jom serbu gerai dia
sempena hari belia je tau...
aku lak over promote ape kes?!! ahahhahah

Nak tengok tak rupe durian goreng camner?
Nak? Nak?
ni la dier




Nyum nyum nyumm
ps: tq bos sebab belanja.(da la arini besday dia)hihiihi

Perkembangan Pendengaran dan Percakapan (newborn - 3 years)

Info yang aku jumpe, saje nak share... kalo tak nampak sila klik tuk besarkan yea. =)

Thursday, May 24, 2012

Ubat Kencing Manis Part 1

Semalam gomen dapat gajikan...
aku suke, tapi tak der la suke sangat (so so je la)
sebab aku nak shopping ubat tuk mak aku

aritu mak warded kat Hospital Raub
Since 17 mei till now (means da seminggu kan)
lame betul, selama ni tak penah mak masuk ward
kecuali masa bersalin kitorang adik beradik jer la kan

So perasaan tu lain la..
Penyebab mak masuk ward adalah kencing manis
before ni ok je..
tapi die cite, kaki die sakit sengal sangat. die pn jadi la doktor sendiri
tungku kaki dier, pastu terus serta-merta ader gelembung air timbul
kat tapak kaki dier, dier tak perasan pn
then bila dier jalan, air meleleh, dia ingat dier kencing
tapi tak der bau, dari situ dier perasan kat tapak kaki dier rupenye

g emergency terus kene tahan
selama dok dalam tu, hari-hari cek darah asik tinggi jer
antara 13-18 paras gula...
maybe kene suntik insulin sendiri =(

Penat aku google kat tenet nak cari produk yang leh kawal kencing manis ni
nak bagi mak cube, ikhtiar selain berdoa kan
Ada produk yang aku berkenan.dan ader cop sirim
Malam semalam jugak aku buat misi cari ubat mak!
Nasib baik produk tu senang aku jumper, kat Warta, Bangi je..
Ni produk aku beli tuk mak....
dengan harapan ada perubahan....
dis week nak balik kg hantar kat mak..
if ader perubahan baik nnt aku update...
tuk share kat pesakit kencing manis yang lain

Air ECPI n Kacip Emas
 
Air ecpi ni mak aku da minum kt ward
magik dari paras gula 17 leh turun 12 dalam masa singkat
so aku mmg nak mak amal kan minum air tu hari-hari
Kalo balik kg next time kene beli stok utk sebulan terus...
Yang kacip emas ni aku beli sebab
nak keringkan luka akibat gelembung air yang pecah kat tapak kaki die
takut melarat lagi teruk !
mudah mudahan ader kesan positif
Insyallah dengan kehendakNya... amin.

Permulaan Yang Tak Berapa Nak Best

awal-awal pagi da terbangun lambat.. kul 6.50pg ko baru bangun
adess... da mengelabah g mandi, nak siapkan qsha
tapi still kuar rumah on time kul 7.20pg...cer korang banyangkan kepantasan aku tu..hihihi

Selalu nak g rumah pengasuh qsha parking kat lobi je, sampai2, ok ada kereta lain kat situ parking
so aku pn masuk la jugak sebab leh muat 2 keta
tapi ada pompuan tengah menunggu, aku tanye ala ala gaya bahasa miming mulut
(ada kete nak masuk ke?) then dier angguk
aku pn beredar la cari parking lain...
dalam nak keluar tu, cipi kete aku g himpit kete yang sediada tgh parking tu
langgar bumper depan jela
nasib baek ko sket je.. cam tak luak la kan...
lega aku di situ, en sya aku nampak, pastu mara mara aku
cakap aku tak tengok cermin ke keadaan belakang?
yea! mmg aku tak tengok sebab bajet muat..
muahahhahahaha
ni semua kalut punya pasal!~

jumpa tuan empunya kete, bagi tau telanggar
(tapi belum habis cakap die kater tak per) fuuhh lega lagi di situ =)
harap harap die tak mara kat aku dalam ati..hihih
tapi check tadi tak der ape pn yang terguris kat bumper dier....
So pengajaran jugak kat aku hari ni..
careless betul aku ni!

Sekian, tu je nak cerita.

Thursday, May 17, 2012

Buat Kek Coklat

huish lamer tul tak update post
tah kenapa mmg angin malas menaip datang
padahal hari hari bukak blog

Lupakan angin malas menaip
hah! sekarang angin mem 'baked' sudah mari
pantang hari sabtu jer mesti aku nak wat sumthing
Dua minggu lepas selamat buat pavlova
tapi tak der la semegah mane...
malas nak letak gamba sebab tak berapa jadi pn..
muahahahhahahha

Minggu lepas lak buat kek Cekelat....ekekekkekek
success kot aku rase..ehhehehehe
resepi Donna Hay yang chanel 707 tu aku pakai
nah! aku tepek gambar kek tu...
 

Korang nak tak resepi...?
Korang nak ke tak nak ke aku letak jugak!
leh aku sendiri cekedout lain kali..
muhahahhahahahah, gile kuasa sekejap.

Bahan-bahan:

250g mentega
3 biji telur
1 sudu esen vanila
gula (secukp rase je aku letak)
75g tepung
75g serbuk koko
Almond (sesuka hati)

Cara-cara memasak

1. Memula cairkan buter, pastu masukkan serbuk koko n esen vanila kasi pukul sampai sebati
2. dah tu aku masukkan telur satu satu n pukul lagi sampai sebati
3. then baru masukkan tepung pulak sikit sikit ye.. pukul la sampai sebati, agak agak pekat sangat leh tambah air pn tak per. lastly baru korang masukkan almond (eh almond tu korang bakar dulu dalam oven 160darjah 10 minit..atau sampai dier agak agak masaklah)
4. Step yang ditunggu-tunggu letakkan dalam loyang kek tu n bakar la 160 darjah dalam 35 minit. kalo korang cucuk ngan lidi melekat tu die tak masak, korang tambah la masa sampai dia masak.


Super simple kan.
aku ni jenis nak masak tapi aku suke barang barang yang simple je
kalo leceh nak segala macam barang, aku jadi malas pulak....
maybe sebab kekangan masa, kalo aku housewife aku tibai je mana mana...
Sekian.

Wednesday, May 9, 2012

Lagu Khas untuk Orang Felda

 
khas org2 felda yg dpt doyan gugur!!!

Duit deghoyan, yang tue nak ke mekoh
(nak ke mekoh)
Yang mude gatey nak menikoh
(nak menikoh)
Musim deghoyan banyok sedare mare
(ramey-ramey)
Suruh belanja, seko tak nampak muke
(memang gitu)

hehehe..
PEACE YO!!! :)
 *kredit lagu aku cilok dari fb sepupu aku Anif Nano 
sekadar suke-suke tumpang gembira tuk orang dapat durian runtuh... 

Saturday, May 5, 2012

KEBURUKAN MEMANASKAN ENJIN KERETA


Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter.

Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Makan masa dalam 15 minit juga. Golongan kaki panaskan enjin seperti itumesti bangun awal. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.

Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya?

Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan idling melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?

The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di negara kita?

Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin anda di dalam keadaan idling adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain style Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus. Jadi berikut antara bahaya atau keburukkan dalam amalan yang tidak betul ini.

DINDING SILINDER CEPAT HAUS
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.


PALAM PENCUCUH MENJADI KOTOR
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.


PAIP EKZOS CEPAT BERKARAT
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.


FUNGSI ENJIN GAGAL BERFUNGSI DENGAN BAIK
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah menukarkan karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.

Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, anda perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan idling maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?

MEMBAZIR DAN MENCEMARKAN
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin.

Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang anda perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang anda perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan idling?

Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya.

BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab mereka tahu jika enjin cepat rosak nanti mesti pelanggan mengadu. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus pandu cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini tidak, siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan isteri tapi enjin kereta terbiar hidup.

Seperkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan anda tidak bergerak.

Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan idling ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita kongsikan perkara yang perlu diketahui oleh semua pengguna agar kita tidak menghadapi masalah yang berkaitan dengan enjin kenderaan kita. Itulah juga pentingnya kajian dan pandangan pakar-pakar mengenai cara yang betul dalam penjagaan kenderaan.

Friday, May 4, 2012

Berkebun

Kat putrajaya ni umah pn tak jejak tanah
tak der 'can' pn nak menanam
tapi kat kampung aku, adik aku buat kebun kecik depan umah...
syok aku g melawat tapak...ekekekek...

dari tanah terbiar bagus gak dier wat camtu
ader gak hasil.
nnt aku nak mintak dia tanam pokok rambutan la
buah febret aku, tak yah beli kat paso lagi...ahahhaha

petik sawi, terus g masak. fresh gile =)


 Ibu n Qsha yang melawat tapak...ehehehheheh



tah ape gaye peace qsha buat.. aku tak ajo pn, mesti belajar kat umah pengasuh kan. ehehehehhe

Agaknya nnt bulan depan aku datang, da berbuah kot jagung kat belakang tu....  =)
Jagung wait for me!

Thursday, May 3, 2012

Masak Gulai Aserung/Asamrong

Pas tengok baby angah kat hospital
kami adik beradik pegi la tunas manja (supermarket kat raub)
cari lauk nak masak
plan nak masak makanan faveret kitorang
'Gulai aserung'
korang penah dengar tak?
kalo belah belah Pahang famous la kot..
tapi mostly ramai yang masih belum tau
ni la rupa aserung dalam botol... bahan utama nak masak gulai aserung

Aku tunjuk sket la cara nak masak dier... ala ala la ye...
mula-mula tumbuk aserung ni dengan kunyit n cili api... lagi banyak minyak keluar lagi bagus bapak aku cakap
pastu terus campak jer hasil tumbuk tadi dalam air.. pastu letak la lauk lain, cam aku wat ni letak ikan keli, sayur kangkung, kentang, daun kesum, bunga kantan, asam keping, garam n gula
tara! hasil nyer jadi la gulai aserung.

*kredit: tenaga pekerja yang bertungkus lumus memasak, termasuk aku tukang tangkap gambo ye..

Tuk pengetahuan korang, aserung ni makin lama kita simpan dier makan pekat kaler dier tau, kadang tu leh jadi sampai warna coklat. so kami masak ni pakai aserung baru, warna dier kuning-kuning la, kalo yang lama dier akan jadi pekat sket ke warna coklat camtu...

Welcome Nur Damia Maisarah

Mmg kebetulan, habis jer tengok movie The Avengers
abg aku text bagi tau wife dier da selamat delivered baby gurl
Aku pn aper lagi, tak sabo la nak g tengok...
Esok pn public holiday, cuti hari buruh
mmg ngam ngam choi la.....

Balik rumah terus amik qsha kasi mandi,
packing barang, terus caw cin caw balik Raub
seb baik perjalanan 2 jam jer.. kalo 4 jam tunggu sabtu ahad la baru jenguk baby

Meh tengok baby comel ni
so adorable kan

Dengan ayah
ibu Nur Damia Maisarah

Tahniah Angah n Kak Maria
Da jadi ibubapa sekarang
tanggungjawab pn makin banyak
Semoga hidup lebih bahagia dengan kehadiran orang baru ni...
amin...

Wednesday, May 2, 2012

Penangan The Avengers

Mmg lamer giler tak g tengok wayang sejak qsha lahir
means da setahun 7 bulan tak tengok ...
ahahahahhaa... tragik sungguh
akhirnya leh jugak tengok movie citer The Avengers ni hah!

Overall cerita ni mmg best la...
korang akan penin kalau korang tak tau sejarah hero hero diorang ni sebab tetiba diorang keluar dalam citer ni tuk selamat kan dunia...
hero yang ader cam hulk, ironman, captain america dengan thor.

citer dier camni la lebey kurang,
Loki datang kat bumi sebab nak ambil Tesseract dari SHIELD
so dengan tu terkumpul la 4 superhero ni utk fight ngan loki ni.
thor tu sebenarnya abang loki, datang tuk pujuk adik dier jangan berperang tapi tak jalan...
so dier terpakse la join superhero lain lawan adik dier gak
ader gak watak hero pompuan n laki biasa (yang tak der kuasa) dalam citer ni
diorang tak der power tapi teror berlawan la...

Banyak la aksi lawan lawan
pastu kelakar pn yer gak citer ni
aku 2 kali terperanjat nak mampos tengok citer ni... ahahahahahha.. aku tak cover coz orang lain pn samer...

Kalo korang nak tau kesudahan citer ni
nape sebab utama Loki datang bumi, camne superhero ni leh bergabung, n ending cite ni meletup ke tak..kene la cecepat gi tengok...
aku bagi 4 bintang tuk citer ni.

p/s: tapi aku tengok ending dier cam citer transformers je.... pada korang tak tau la...huhuh

Sekian