Thursday, May 3, 2012

Masak Gulai Aserung/Asamrong

Pas tengok baby angah kat hospital
kami adik beradik pegi la tunas manja (supermarket kat raub)
cari lauk nak masak
plan nak masak makanan faveret kitorang
'Gulai aserung'
korang penah dengar tak?
kalo belah belah Pahang famous la kot..
tapi mostly ramai yang masih belum tau
ni la rupa aserung dalam botol... bahan utama nak masak gulai aserung

Aku tunjuk sket la cara nak masak dier... ala ala la ye...
mula-mula tumbuk aserung ni dengan kunyit n cili api... lagi banyak minyak keluar lagi bagus bapak aku cakap
pastu terus campak jer hasil tumbuk tadi dalam air.. pastu letak la lauk lain, cam aku wat ni letak ikan keli, sayur kangkung, kentang, daun kesum, bunga kantan, asam keping, garam n gula
tara! hasil nyer jadi la gulai aserung.

*kredit: tenaga pekerja yang bertungkus lumus memasak, termasuk aku tukang tangkap gambo ye..

Tuk pengetahuan korang, aserung ni makin lama kita simpan dier makan pekat kaler dier tau, kadang tu leh jadi sampai warna coklat. so kami masak ni pakai aserung baru, warna dier kuning-kuning la, kalo yang lama dier akan jadi pekat sket ke warna coklat camtu...

4 comments:

Sue Echan said...

ape bahan2 asas nak wat aserung ni aimi?

aimi ibrahim said...

Sue Echan
bahan asas dier ialah buah perah atau biji getah. pelik kan.. buah tu kasi kopek jemur sampai agak kering. then tumbuk dengan air. pastu letak dalam botol, camtula jadinya.. rumit jugak nak buat sebab jemur tu pn makan masa yang lama. kalo tak betul kering boleh mabuk makan bende ni

iDa WiTh aLoNG said...

kak ida dok pahang pun tak pernah dengar dan makan benda alah tu tau aimi..nanti ko masak bagi k.ida rasa sikit ek...

aimi ibrahim said...

ida with along
ye la kot.. sebab belah belah kitorang jer femes kot.ahahha.. insyallah.. nnt kalo ader stok aserung tu leh bawak putrajaya.. sekarang tak der.. susah jugak sebenarnya nak ada stok...barang ssh dicari..eheheheh