Wednesday, November 21, 2012

Bertukar ke Insurans Keluarga cuepacscare

cian blog ni, lame terabai
salam uolls,
Harini aku da buat perubahan buat family aku
jeng jeng jeng..
bukan pertambahan ahli keluarga yea...sila jangan pk lebey-lebey

Acctually hari ni  aku berjaya menutupkan insurans t**k**l aku..
bukan sesaje tau,  aku ada perancangan perlindungan lain...
aku mmg merancang nak amik family insurans, kire sekali gus
ader 2 choice dalam perhatian aku (untuk gomen la)
maksakcare or cuepacscare

Setelah penat tak penat sangat aku bandingkan dua dua insurans ni
at last aku decide amik yang perlindungan cuepacscare
saving giler.. dengan hanya bayar RM55 cover satu family
tak kesah la anak ko berapa orang
da boleh cover kad perubatan setahun 60K(untuk perubatan shj).. which is ok la bagi aku... 
untuk kemalangan cover 220K
Berbaloi baloi kan.....
Dari aku membayar seorang RM100++ untuk insurans lain yg terhangat di pasaran

let say kalo 3 orang anak beranak mau RM400++  saje tuk insurans sebulan
(da la insurans lame aku tu tak der medical card)
Lagi beranak duit aku kot kalo aku simpan ASB =p
baik la aku menyumbang ke cuepacscare ni...
selesai masalah insurans satu family....
Bye T*****l Hi Cuepacscare



9 comments:

BetiZaini said...

mcm menarik je weih...

Unknown said...

tu la bet.. aku sanggup menapak ke takaful putrajaya tu sebab nak surrender sijil takaful aku...nak masuk cuepacs ni.. rm55 penuh dier cover.. tak kesah penambahan anak

Sizzling Suzai said...

sorry for this late replying n TQ so much for the visiting yerr :)

Sizzling Suzai said...

ohh kem salam kat model dlm header ek

Cikgu Amir Hartanah said...

Assalam,

Tahniah. Saya tertarik dengan keprihatinan puan untuk mendapatkan perlindungan kesihatan untuk keluarga. Cuma saya nak tanya, macam mana dengan manfaat jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian or even Khairat Kematian atau Upah Buat Haji dll? Medicare ni bagi ke? Penyakit kritikal pulak, dia cover semua jenis penyakit kritikal ke? Penyakit kritikal khusus wanita ada tak? Bukannya apa, setiap jenis Polisi ada kelebihan dan kekurangannya, tak boleh banding yang RM100 sebulan dengan RM55 sebulan tanpa tengok details dia. Yang saya musykil ni bukannya apa, bila saya baca brochure Cuepacs Care ni takde banyak info. Mungkin dalam kontrak dia yang Puan sign ada banyak info lagi kot? Sebab dia ada tulis GL takkan dikeluarkan "Jika penyakit yang dihidapi tidak
dilindungi kontrak atau doktor
tidak dapat mengesahkan jenis
penyakit (diagnosis)" Risau saya baca ayat ni....Ini sekadar pandangan saya. Harap jangan kecil hati. Terima kasih. Teruskan menulis. Like your Blog by the way.

Anonymous said...

Salam,
Saya juga merupakan salah seorang pemilik kad cuepacs care ni. Alhamdulillah penggunaan nya sangat mudah. Sebelum ke hospital saya telefon dulu Medicare Assistance bertanyakan sama ada penyakit saya dilindungi atau tidak. Kemudian pergi ke hospital terpilih. Dapatkan rawatan 2 malam di hospital dan bil RM2,500. Saya cuma bayar RM150 sahaja.

Unknown said...

Anonymous..bayar 150 tu untuk apa ye.i tot semua dia cover.so kita x pyh bayar apa2.share la skit.bkn x setuju dgn comment amir hamdzan.kalau anak 3 org campur diri sendiri n husband kan byk monthly yg kena byr.that's y cuepacs sediakan kemudahan mcm ni utk bantu org gomen yg x berapa berkemampuan.so far my friend yg amik cuepacare bila admitted xde masalah.tunjuk card je.

Unknown said...

Izan Mustama boleh cek terus dalam website cupecas care tu.. ada dia terangkan=)

Unknown said...

Memang betul Cuepac care ni sangat berbaloi... dan sesuai untuk matlamat untuk perbelanjaan hospital.. Takaful pula berfungsi sebagai menggantikan pendapatan apabila berlaku perkara yang tidak diingini.
So in case pengalaman saya menggunakan Cuepacs care memang terbaik dan dapat elaun hospital lagi daripada takaful... At least kemasukan ke wad memang tak mengeluarkan kos apabila kita merancang.. Saya masuk hospital Putra selama 5 hari elaun hospital sebanyak RM165x 5 hari= RM825) tolak bayaran pengurusan hospital RM375(kos yang tidak ditanggung oleh cuepacs care) still ada duit poket untuk gunakan bayar duit minyak ulang-alik ke hospital.