Thursday, March 1, 2012

Stres dan Anda

ok la ai nak share mengenai forum semalam yang ai pegi tu
sikit je input yang nak dikongsi sebab kadang kadang ai skip mengelamun kelaut..ahaks
tapi harap dapat membantu sedikit sebanyak untuk menangani stres anda





APA ITU STRES

Menifestasi sistem minda-tubuh yang boleh diramalkan, akibat daripada tekanan dalaman dan luaran, yang sekiranya berterusan, boleh memudaratkan diri atau membawa penyakit.


APAKAH PUNCA STRES?

*Kehilangan
Orang tersayang, harta benda, pangkat, anggota badan dan harga diri.

*Perubahan Peranan dan tanggungjawab
Peranan dan tanggungjawab sebagai individu, suami, isteri, ibu, ayah, anak, pelajar, teman, sahabat, pekerja dan ahli masyarakat.

*Masalah perhubungan sesama manusia
Perhubungan yang bermasalah kerana tidak bersependapat, cemburu, prasangka, fitnah dan sebagainya.

*Konflik
Membuat antara dua pilihan atau terpaksa membuat sesuatu keputusan


SIMPTOM STES

Gelisah
Gangguan selera makan
Merokok berlebihan
Mabuk arak
Kerisauan yang berlebihan
Mudah meradang
Kelesuan
Hilang tumpuan dan motivasi
Gangguan tidur
Tingkah laku agresif


KESAN-KESAN STRES

Pemarah
Kurang jaringan sosial
Sakit jantung
Angin ahmar
Mudah sakit
Berat badan cepat naik dan turun
Diabetis
Kesakitan otot, sendi, belakang dan migrain
Gangguan tidur
Kurang daya seks
Kurang penumpuan dan daya ingatan
Alahan seperti lelah, resdung dan sakit kepala



CARA-CARA MENGURUSKAN STRES

-Mengamalkan diet yang seimbang
-Mempertingkatkan ketahanan fizikal melalui senaman dan aktiviti fizikal yang lain
-Menghindari rokok, dadah dan alkohol
-Mengurus masa dengan baik
-Mengurangkan permintaan yang keterlaluan
-membina keupayaan untuk keluar dari masalah
-Bertolak ansur dengan perkara-perkara yang belum terjadi atau berlaku
-Mengurus kemarahan dengan baik
-Menjadi manusia asertif
-berfikir secara positif
-Boleh bergelak ketawa dan berjenaka
-Mengenai dan memahami kekuatan diri
-Mengamalkan visualisasi yang positif
-Menangani konflik secara sihat
-Melakukan meditasi
-Sentiasa Mendekankan diri kepada Tuhan melalui doa, solat dan munajat
-bersantai dan berehat mengikut keperluan badan
-Realistik apabila membuat matlamat dan melaksanakannya

2 comments:

::Em Hej:: said...

yeaayyy ade kawan la..
welcome laling :))
rajin-rajin update belog okeh..

Unknown said...

tq. aku pn pening lalat nak memanage bender alah ni..ehehh