Tuesday, July 31, 2012

Disebalik Service Charge dan 6% Govt tax dalam resti anda

Tahukah Anda :

i.  Kita telah membayar cukai jualaan sebanyak 10% terhadap setiap barangan yang dibeli dan cukai perkhidmatan 6% apabila berbelanja di restoran, hotal dan sebagainya.

ii.  Caj perkhidmtan 10% yang dikenakan oleh industri hospitaliti (seperti hotel, restoran dsbnya) adalah   100% utnuk pemilik premis dan bukannya utnuk dibayarkan kepada kerajaan....

CUBA KITA BACE SEJENAK.....

APABILA terdengar kerajaan ingin memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), maka ramai yang melatah dan membantah tanpa usul periksa. Pelbagai dakwaan diberikan kononnya cukai baru itu akan menambahkan lagi beban rakyat, kita terpaksa membayar lebih apabila berbelanja dan sebagainya.
Walaupun demikian, apa yang menarik sebenarnya mereka tidak menyedari selama ini mereka telah membayar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang lebih tinggi daripada kadar GST yang akan diperkenalkan kelak setiap kali membeli barangan.

Nampaknya, kita langsung tidak kisah membayar dengan harga lebih tinggi itu kerana berapa ramai daripada kita yang sanggup membelek penyata yang terdapat dalam resit-resit pembelian barangan, terutama resit pembelian makanan di restoran, hotel, kelab dan sebagainya?  Jika anda tidak percaya, cuba lihat resit atau bil anda selepas membeli burger, ayam goreng atau pizza di restoran-restoran terkenal itu.
Anda tentu menyedari terdapat perkataan 'cukai perkhidmatan' atau 'cukai kerajaan' diletakkan di dalam bil anda sebagai tambahan daripada harga barangan sebenar.

Tahukah anda selama ini kita membayar harga barangan itu (dengan tambahan cukai) tanpa sebarang rungutan.  Selain cukai perkhidmatan yang tertulis itu yang kadarnya enam peratus, harga barangan yang kita beli itu juga sebenarnya telah dikenakan cukai jualan yang secara standardnya berkadar 10 peratus.  Anda tidak kisah bukan? Tanpa sebarang masalah, anda sanggup membayar harga barangan yang telah ditambah cukai jualan dan perkhidmatan itu.

Bagaimanapun, apabila kerajaan menyatakan hasrat hendak melaksanakan GST dengan cadangan kadar empat peratus (iaitu jauh lebih rendah daripada kadar cukai yang anda bayar sekarang), anda melenting!
Kenapa terjadi demikian? Mungkin anda seorang rakyat Malaysia yang sangat 'pemurah' kerana ingin membayar cukai yang lebih kepada kerajaan atau anda sebenarnya tidak tahu perkara sebenar perbezaan antara cukai SST (yang dikenakan sekarang) dengan GST yang akan diperkenalkan nanti.

Sebagai pengguna, kita seharusnya mengetahui setiap maklumat mengenai kadar cukai yang dibayar, sama ada cukai tertera atau cukai tersembunyi setiap kali membeli barangan.  Sememangnya, kita perlu mengetahui apakah cukai itu, berapa kadarnya dan kenapa kita dikenakan cukai tersebut sebelum melenting dan menentang apa sahaja cukai baru yang diumumkan kerajaan.  Secara umumnya, cukai jualan 10 peratus dikenakan untuk semua barangan yang dipasarkan.  Manakala, cukai perkhidmatan enam peratus untuk barangan atau perkhidmatan yang diperoleh di hotel, restoran, hospital swasta dan sebagainya.

Selain itu, sesetengah premis mengenakan tambahan 10 peratus caj perkhidmatan (service charge) yang kesemua bayaran itu adalah untuk pemilik restoran itu dan bukannya untuk dibayar kepada kerajaan.  Sehubungan itu, cadangan memperkenalkan GST bertujuan menggantikan SST yang diperkenalkan sejak 1972, bukanlah satu cukai baru tetapi satu struktur cukai diperbaharui yang lebih baik kepada pengguna dan juga kerajaan.   Sudah tentu ia lebih baik kepada kita kerana kadar cadangan empat atau lima peratus adalah lebih rendah berbanding kadar 10 peratus (cukai jualan) dan enam peratus (cukai perkhidmatan) yang dikenakan kepada kita selama ini.

GST atau cukai nilai tambah (VAT) juga kini telah diterima pakai di lebih 140 buah negara seluruh dunia dan ia juga tidak akan membebankan rakyat kerana pengecualian akan diberikan ke atas barangan keperluan seperti produk-produk pertanian serta makanan asas.  Bagi peniaga kecil dan sederhana, GST juga berupaya mengurangkan kos operasi mereka kerana syarikat yang mencatatkan perolehan tahunan kurang daripada RM500,000 adalah dikecualikan daripada membayar cukai itu.

Sumber dari Utusan Malaysia 30 Julai 2012  DI SINI

2 comments:

Unknown said...

bagusla info camni...sebenarnya kan xpenah ambil tau pun pasal sume tu sblm ni...sbnrnya penting kan utk kita ambil tau pasal semua ni...thanx 4 da info ye (",)

Unknown said...

a.d.aM.i.a
itu la, dulu pn sy tak kesah, sebab nmpak mcm tak banyak.. tapi bila tersedar rase kdg kdg rugi pulak..